Sila baca dan patuhi peraturan berikut sepanjang tempoh penginapan anda.
Para tetamu yang dihormati, kami mengalu-alukan kehadiran anda ke KSSM Marmoris Getaway. Demi keselesaan bersama, kami memohon kerjasama anda untuk mematuhi peraturan berikut sepanjang tempoh penginapan.
Daftar Masuk
3:00
Petang
Daftar Keluar
12:00
Tengahari
Tempoh check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM20 sejam, tertakluk kepada persetujuan pihak pengurusan dan ketiadaan tetamu baharu pada hari berkenaan.
Sila pastikan semua barang peribadi tidak tertinggal sebelum meninggalkan penginapan. Barang yang ditinggalkan lebih daripada 7 hari akan dilupuskan.
Pembayaran & Deposit
Pembayaran penuh hendaklah diselesaikan pada masa tempahan dibuat.
Deposit boleh ditolak sebagai gantirugi bagi sebarang kerosakan yang berlaku akibat kecuaian tetamu.
Kelayakan Tetamu
Penginapan terbuka untuk keluarga atau kumpulan rakan sejenis sahaja. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan menginap.
Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa ke dalam premis.
Makanan & Minuman
Hanya makanan dan minuman halal dibenarkan dibawa ke dalam premis.
Minuman beralkohol atau minuman keras adalah dilarang sama sekali.
Keselamatan & Undang-Undang
Sebarang bahan berbahaya, haram atau bertentangan dengan undang-undang Malaysia — termasuk dadah, bahan letupan, senjata api dan seumpamanya — adalah dilarang keras.
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga. Pastikan pintu dan gril dikunci pada setiap masa.
Pihak pengurusan berhak memasuki premis pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Kebersihan & Penyelenggaraan
Jaga kebersihan kawasan dalam dan luar penginapan. Buang sampah ke tong yang disediakan.
Basuh dan kembalikan semua peralatan memasak serta pinggan mangkuk ke tempat asalnya sebelum check-out.
Jangan membuang tuala wanita, lampin bayi atau seumpamanya ke dalam mangkuk tandas bagi mengelakkan kesesatan.
Pastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup apabila tidak digunakan. Kunci semua tingkap sebelum meninggalkan penginapan.
Semua peralatan dan perabot adalah untuk kegunaan dalam premis sahaja.
Adab & Tatasusila
Hormati hak jiran sekitar. Bersikap sopan dan elakkan membuat bising pada sebarang masa.
Letak kenderaan di tempat yang sesuai dan tidak menghalang laluan penghuni lain.
Gunakan semua kemudahan yang disediakan dengan berhemah dan bertanggungjawab.
Sila maklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau insiden semasa tempoh penginapan.
"Semoga anda berpuas hati dan ceria ketika berada di penginapan kami."
Terima kasih atas kerjasama anda. Selamat menikmati percutian bersama orang tersayang.